Pakej Ammy 60 Days
merupakan produk lengkap bagi ibu-ibu selepas bersalin
semasa tempoh berpantang. Kini didatangkan dengan pakej
terbaru yang disediakan bersama kotak Ammy 60 Days yang
cantik dan menarik. Mempunyai 11 produk penjagaan yang
menyeluruh bagi ibu bersalin dari hujung rambut kehujung
kaki bagi menjamin kesihatan dalaman dan luaran. la
terdiri daripada 2 bahagian penjagaan iaitu dalaman dan
luaran (turut disertakan risalah penerangan terperinci).
Untuk penjagaan dalaman, ia terdiri daripada 6 botol
kapsul iaitu kapsul Ammy 60 Days dari hari pertama
hingga hari ke 60 dan 5 produk kegunaan luaran iaitu
Ammy Heat, Ammy Massage, Tummy Tone, Body Tone dan Oil
of Telon (minyak bayi). Amalkan Ammy 60 Days Sendayu
Tinggi dari hari ke 60 selepas bersalin untuk membantu
mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum
bersalin. bagi mendapatkan bentuk badan asal seperti
sebelum bersalin gunakan Ammy Corset, bengkung Sendayu
Tinggi.
Ammy Sixty Days
(1-10 hari)
Produk ini dirumus khusus untuk membantu
mengelakkan ibu mendapat bentan atau terkena angin/darah
meroyan ketika berpantang. Ia dirumus khas untuk
membuang dan menghalang angin dari memasuki tubuh. Tubuh
ibu akan sentiasa berpeluh selain mengembalikan tenaga
agar tidak lemah dan pucat. Ia dirumus khas untuk
membersihkan darah beku atau nifas bagi melancarkan
darah tanpa rasa rengat atau sakit.
Ammy Sixty Days
(11-20 hari)
Memberikan ibu tenaga, memperbanyakkan dan
melancarkan air susu serta membaikpulih luka dalaman
tubuh.
Ammy Sixty Days
(31-40 hari)
Ubatan herba ini dirumus untuk membantu
merehatkan otot rahim, menambahkan darah selain
memberikan ibu tenaga. ia juga mampu membaikpulih luka
dalaman dan mengecutkan rahim untuk kembali seperti
asal. Pada waktu ini, ia juga bertindak mengembalikan
bentuk badan kepada kecantikan asal. Malah pada minggu
ini juga ia menggiatkan hormon wanita untuk bersedia
melakukan hubungan seksual selepas berpantang.
Ammy Sixty Days
(41-50 hari)
Pada hari-hari terakhir berpantang, ubatan
herba ini bertindak sebagai penjagaan khusus untuk
rahim. Selain itu, mengekalkan otot vagina seperti
sebelum melahirkan anak. Malah ia juga, bertindak
sebagai kosmetik untuk menyerikan kecantikan ibu dari
dalam.
Ammy Sixty Days
(51-60 hari)
Selepas habis berpantang selama 44 hari,
penggunaan pada minggu terakhir ini membentuk
kesempurnaan luaran dan dalaman tubuh. Badan akan
kelihatan segar, bertenaga dan memberi keyakinan kepada
wanita untuk terus menjalani alam rumahtangga tanpa rasa
was-was.
Ammy Heat
Minyak panas berwarna hijau ini diperbuat
daripada ekstrak rumpai laut dan daun jemujur. Ammy heat
akan digunakan bersama Ammy Massage ketika diurut. Ia
membantu mencegah badan dimasuki angin, memanaskan
badan, mengurangkan sengal tubuh dan mencegah sakit
sendi. Untuk keselesaan boleh disapu pada betis dan
tapak kaki sebelum memakai stokin yang bertujuan
melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.
Ammy Massage
(minyak urut untuk ibu)
Selepas bersalin, seluruh tubuh badan akan
mengalami kesakitan. Ini adalah proses biasa bagi ibu
yang baru bersalin kerana tenaga yang banyak diperlukan
ketika meneran. Minyak ini sangat baik untuk ibu kerana
sewaktu diurut ia dapat melegakan ketegangan otot,
membetulkan urat-urat, menghalang badan dari dimasuki
angin serta menghaluskan kulit. Selain itu ia mampu
membantu melancarkan perjalanan darah, menjauhkan
meroyan, mengurangkan sembab tubuh dan memanaskan badan.
Oil of Telon
(minyak bayi)
Bukan sebarangan minyak tapi ia diperbuat
daripada herba terpilih. Minyak ini tidak panas
sebaliknya sesuai digunakan oleh bayi. Keberkesanannya
juga sangat mujarab, antaranya mampu mengatasi masalah
kembung perut, selsema, melegakan batuk dan kahak (untuk
sapuan luaran saja).
Tummy Tone
Ubatan herba berbentuk serbuk halus yang
terdiri daripada akar laut, kulit kuning dan buah kedeka
ini dirumus khusus untuk mengatasi masalah perut
mengelambir, buncit dan rekahan terutama dibahagian
perut dan peha ketika mengandung. Disamping itu ia juga
bertindak untuk mengecutkan otot luaran perut.
PERHATIAN! Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis
sahaja dan biar ia kering. (Satu sudu tummy tone tambah
2 sudu serbuk kacang hijau atau serbuk tepung beras)Bagi
kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja dan biar ia
kering. (Satu sudu tummy tone tambah 2 sudu serbuk
kacang hijau atau serbuk tepung beras)
Body Tone
Body Tone diperbuat khusus daripada herba unik.
Antaranya buah cermai, kayu cendana dan kulit kuning
yang dirumus khusus untuk mengembalikan kecantikan asal
tubuh dengan mengelakkan sembab, mencegah dari angin
masuk ke tubuh dan kulit berkedut selepas bersalin.
PERHATIAN! Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis
sahaja.Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis
sahaja.
Cara
pengambilan
Untuk permulaan, makan 2 biji kapsul 3 kali sehari (pada
waktu pagi, tengahari dan petang mengikut botol yang
telah ditetapkan. (Kepada ibu-ibu yang menyusukan anak,
sekiranya bayi mengalami cirit-birit dan ruam, sila
kurangkan dos pengambilan kepada 2 biji kapsul untuk 2
kali sehari). Sekiranya selepas 60 hari ada kapsul yang
berbaki, ulangi pengambilan kapsul pada hari ke-61
bermula daripada botol yang pertama dan seterusnya.
Ketika diurut oleh bidan, hendaklah menggumakan Ammy
Massage yang dicampur dengan Ammy Heat. Selepas diurut,
badan tidak perlu dibasuh kerana ia akan meresap ke
dalam badan, memanaskan badan dan menghaluskan kulit
seara perlahan-lahan.
Campurkan Body Tone dengan sedikit air kemudian sapukan
keseluruh badan. Ia mampu menyegar, memanas dan
mancantikkan kulit serta mengelakkan badan dari dimasuki
angin.
Campurkan Tummy Tone dengan sedikit air, cuka atau
perahan limau nipis, kemudian sapukan pada perut.
Biarkan sehingga kering kemudian barulah memakai
bengkung. Ia bertujuan untuk mengatasi masalah perut
mengelambir, buncit dan rekahan terutama pada bahagian
perut dan paha ketika mengandung. Manakala wanita yang
bersalin melalui pembedahan, jarak sapuan pada perut
sebanyak dua hingga tiga inci.
* Selepas memakai bengkung, sapu Ammy Heat dari buku
lali ke bawah (hingga hujung kaki) sebelum memakai
stoking bagi melanarkan peredaran darah keseluruh badan.
* Bagi wanita yang bersalin secara normal digalakkan
bertungku, berbengkung, mandi wap herba dan
sebaik-baiknya mengamalkan mandi herba selama seminggu
selepas bersalin. Manakala wanita yang bersalin secara
pembedahan elakkan dari pada bertungku dan berbengkung.
|